Monday, August 29, 2011

Selamat Tinggal Ramadhan~Selamat Datang Syawal

RAMADHAN,
Kehadiranmu sangat dinanti-nantikan,
Keranamu adalah penghulu segala bulan,
Di dalam mu ada keberkatan,
Buat semua hamba Allah Yang Maha Esa.


Permulaanmu adalah rahmat,
Pertengahanmu adalah maghfirah,
Dan pengakhiranmu adalah kebebasan daripada api neraka,


Turunnya Al-Quran tika Ramadhan,
Di dalamnya juga ada Lailatul Qadar,
Dibukakan pintu syurga seluas-luasnya,
Sungguh terlalau besar kemulianmu ramadhan.


Ramadhan ini akan pergi jua,
Sungguh berat hati ini untuk melepaskanmu pergi,
Tetapi dirimu perlu pergi seketika,
Kerana masih ada bulan-bulan lain yang perlu manggantikanmu.


Aku terasa seperti baru menjumpaimu,
Tetapi kini dirimu akan pergi meninggalkanku jua,
Aku terasa belum cukup puas untuk bersama denganmu,
Kerana padamu terdapat kemuliaan, keberkatan, kerahmatan, keampunan & keredhaan
Daripada Allah Tuhan seluruh alam.


Aku pasti akan merinduimu,
Terlalu lama lagi untuk aku menunggu mu datang lagi,
Aku takut jika tidak akan menemui mu lagi,
Kerana masih banyak yang tidak aku manfaatkan semasa kehadiranmu,
Terlalu banyak yang aku sia-siakan semasa kehadiranmu,
Aku resah memikirkan adakah Allah menerima ibadahku semasa kehadiranmu,
Dan terdetik dihatiku adakah aku mendapat keampunan itu dipenghujungmu.
Adakah Allah mengampuni dosa-dosaku pabila dirimu pergi.
Adakah diriku layak untuk bersama Syawal yang bakal menggantikan dirimu.


SYAWAL,
Dirimu akan menggantikan ramadhan yang pergi,
Dirimu digelar hari raya fitrah,
Fitrah yakni suci daripada segala dosa,
Kerana dosa-dosa itu diampunkan tika ramadhan,
Buat umat manusia yang ikhlas mencari maghfirah-Nya.


Tasbih, Tahmid dan Takbir pun diucapkan,
Memuji kebesaran Allah Yang Maha Besar,
Meraikan satu kemenangan,
Bermaaf-maafkan dan ziarah-menziarahi,
Semuanya di syawal yang mulia.


Sunggu mulia ramadhan dan syawal itu,
Namun ia akan pergi silih berganti masa,
Akan tiba saatnya pabila Ramadhan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada untuk menyambutnya,
Kerana kita dijemput Ilahi untuk menemui-Nya,
Namun aku tetap berharap akan menemuimu lagi
RAMADHAN & SYAWAL...


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~MAAF ZAHIR & BATIN"



Sunday, July 31, 2011

Welcome Ramadhan Al- Mubarak..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana kita semua umat islam bakal menyambut bulan yang paling mulia ramadhan Al-Mubarak. Syukur ke hadrat Illahi kerana Dia masih memberi kesempatan dan peluang untuk kita berpuasa dan menjalani ibadah-ibadah yang lain bagi merebut pahala dan ganjaran di bulan yang penuh rahmat dan berkat ini. 

Sebagai umat islam, ketibaan ramadhan perlulah disambut dengan penuh kesyukuran kerana Allah masih memberi peluang untuk kita memperbaiki diri dan memastikan ramdhan ini adalah ramadhan yang terbaik dan penuh bermakna. Sesungguhnya nikmat bulan ramadhan ini terlalu besar dan rugi jika kita tidak memanfaatkan bulan ini dengan sebaiknya.

Permulaan ramadhan adalah rahmat, pertengahan keampunan dan penghujungnya adalah kebebasan daripada api neraka. Semoga kita semua akan mengecapi rahmat Allah yang terlalu berharga di bulan yang penuh berkat ini, beroleh keampunan Allah atas dosa-dosa yang kita lakukan selama ini dan seterusnya dapat menjauhkan diri daripada api neraka. Memang terlalu besar nikmat dan anugerah daripada Allah SWT di bulan ramadhan Al-Mubarak ini dan jika difikirkan memang rugi jika tidak menghayati erti ramadhan itu dengan sebaiknya. 

Salah satu keistimewaan ramadhan adalah malam Lailatul Qadar yang sering diperkatakan apabila tibanya bulan yang penuh rahmat ini. Setiap orang pasti mahu merasai kedatangan malam ini tetapi   bukan mudah untuk kita merasai nikmat dan ganjaran malam lailatul qadar ini jika tidak berusaha untuk menghidupkan ibadah-ibadah di malam hari terutama di 10 malam terakhir. Lailatul qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadhan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi." (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Hurairah RA.)
Kesimpulannya memang terlau besar nikmat dan ganjaran pahala yang dianugerahkan Allah kepada umat islam. Rugilah jika kita tidak bersama-sama merebut untuk melipat ganda amalan di bulan mulia ini. Jadikan ramadhan sebagai universiti yang mengajar kuliah-kuliah ibadah, tutorial-tutorial iman, assignment-assignment taqwa dan amali-amali agama. Semoga kita beroleh ijazah keredhaan-Nya pabila tibanya syawal nanti. Rugilah jika kita mensia-siakan ramdhan ini kerana tidak ade siapa yang mengetahui adakah kita akan bertemu ramdhan tahun hadapan.
Akhir kata selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seuae umat islam. Semoga kite semua akan memanfaatkan ramdhan kali ini dengan sebaiknya dan beroleh rahmat serta keampunan daripada Allah Yang Maha Agung. Semoga Ramadhan ini adalah yang tebaik dan penuh makna.


Saturday, June 18, 2011

SAJADAH CINTA...

DiriMu ada,
Dalam setiap langkah manusia,
Janganlah  pernah ragukan kuasaNya,
Dalam kehidupan manusia terkadang tercoba,
Selalu kau dapat memohan padaNya,

Allah tempatku mengadu,
Allah tempatku bersujud,
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku,

Andai kau sadar dirimu ciptaan Yang Kuasa,
Mengapa senantiasa menjauh darinya...



Tuesday, May 17, 2011

Bertuah Dapat Suami Macam Ni..

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mah saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.
SUMBER:http://layarminda2.blogspot.com/



Monday, May 16, 2011

Bisikan Malaikat & Syaitan Kepada Umat Manusia...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..



Friday, May 6, 2011

Tanda-Tanda Hidup Diakhiri Dengan "Happy Ending" (HUSN AL-KHATIMAH)...

1. Diakhiri dengan lafaz shahadah - Daripada Muaz r.a., bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga." (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

2. Dahinya berkeringat - Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata: "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda (maksudnya): Mati seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Riwayat Ahmad, Al-Nasai, Al-Tarmizi, Ibn Majah dll)

3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat - Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pasti Allah swt menghindarkannya daripada seksa kubur." (Riwayat Ahmad)

4. Mati dalam keadaan melakukan ibadah - seperti mati ketika dalam solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.

5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati

Bagaimana kita mengakhiri hayat kita adalah penting, tetapi jauh lebih penting lagi adakah kita sudah bersiap sedia menghadapinya? Tepuk dada tanya iman :)

~BY USTAZ ZAHAZAN MOHAMED~


Tuesday, April 19, 2011

SALAM IMTIHAN...

USAHA...DOA...TAWAKAL...InsyaAllah sumenye akan dipermudahkan.


 "Ya Allah, permudahkanlah aku memahami, mengingati apa yg aku pelajari, kekalkanlah ia di dalam ingatanku, berkatilah dan manfaatkanlah ilmu itu buatku. Permudahkanlah aku mengeluarkannya kembali saat  aku memerlukannya. Ya Rahman, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau mudahkan dan Engkau yang jadikan kesukaran itu mudah jika Engkau kehendaki.."

exam oh exam (chaiyok2)!!!
25/4 ~ Heat Transfer
26/4 ~ Material Selection
27/4 ~ Occupatioanal Safety & Health Management 
3/5   ~ Nonmetallic Processing
5/5   ~ Advance Manufacturing Process





SAYANG MAK!!!

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mak, ibu,mama,ummi,mummy adalah panggilan yang sinonim buat soorang wanita yang bergelar ibu. ‘Mak’ adalah panggilan kepada wanita yang paling aku sayang kat dunia yang telah melahirkan dan mendidik aku sehingga aku menjadi seperti diriku sekarang. Pada 16 april 2011 yang lalu genaplah umur mak yang ke-56. Aku rase bahagia sangat dapat jumpa dan bersama mak pada hari lahirnya. Nasib baik la aku dapat balik rumah mase cuti study week ni dan dapat jumpa mak. Mak adalah orang yang paling rapat denganku dan sume masalah akan ku kongsi dengan mak. Oleh sebab aku tiada adik beradik  perempuan yang lain, jadi mak je la tempat aku nak cerita ape2 je. Mak sentiasa akan memenuhi ape je yang aku nak dan selalu risau tentang diriku ni. Banyak kali jugak aku dah buat mak jadi risau pasal diriku tapi alhamdulillah sumenye selamat. Aku x akan dapat balas segala jasa dan pengorbanan mak sejak dari aku lahir sampai sekarang. Aku bertekad mahu sentiasa gembirakan hati mak dan x akan mengecewakan mak. Smoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya dan mengasihi ibuku yang tercinta. Fira sayang sangat2 kat mak dan restuilah setiap keputusan dan jalan yang fira pilih dalam hidup ini. Sesungguhnya tiada ape yang kucari melainkan redha Allah serta restu mak ayah.


BUAT MU IBU

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Artis: Aeman

Friday, April 15, 2011

AKU SAYANG KAMU...




Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Rasenye dh lama aku tak update dan bukak blog ni sebab kesibukan dengan macam2 hal dan tugasan yang perlu disiapkan di penghujung semester ni. Memang minggu2 yang stress dan tension yang perlu ku lalui. Dah namanya masih seorang student aku perlu sabar dengan sume tu. Tapi hari ni adalah hari terakhir class bagi semester ni. So, xde keje lgi yang perlu aku siapkan melainkan hanya perlu membuat revision bagi menghadapi final exam yang bermula 25 april ni. Disebabkan ade mase yg free mlm ni, aku rase mahu menulis sesuatu..

Di sini aku hanya ingin berkongsi tentang nilai sebuah persahabatan yang dibina semata-mata kerana Allah SWT..Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” 
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Itulah antara ciri2 sahabat sejati dan nilai persahabatan yang lahir tulus ikhlas semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah merupakan sebuah nilai persahabatan yg suci dan sejati.
Aku sengaja masukkan entry tentang persahabatan ni kerana entry ni khas untuk seorang sahabatku yang amat aku sayangi. Aku penah mengenali seorang hamba Allah yang aku kenali di alam maya ini dan sekarang merupakan seorang sahabat yang agak rapat denganku walaupun kami hanya berhubung di ym sahaja. Sudah tentu die merupakan seorang muslimah yang sangat baik, cantik, lemah lembut, sopan santun, berbudi pekerti dan mempunyai nilai & pegangan agama yang sangat tinggi. Walaupun jauh beribu batu, namun bile berhubung dengannya di ym aku rase diri ini begitu dekat dengannya. Kadangkala penah jugak la berbual dengannya di telefon. Aku teringin sangat nak berjumpa dengannya suatu mase nanti dan berharap sume itu akan jadi kenyataan. Walaupun tidak dapat bertemu dengan di dunia kerana jarak yang sangat jauh tapi aku yakin setiap pertemuan adalah ketentuan dari Allah. Aku juga sentiasa berdoa die akan sentiasa mendapat yang terbaik untuk dirinya dan semoga Allah sentiasa memelihara dan membimbingnya memilih jalan yang terbaik. Walaupun tidak penah bersua muka namun persahabatan kami semata-mata kerana Allah dan aku sangat menyayanginya sbg seorang sahabat. Die juga umpama kakak kepada diriku. Semoga persahabatan ini akan kekal sampai bile2 dan aku sayang kamu kak “Suraya Ummuhani”.

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’