Sunday, January 30, 2011

Syaitan Mengejutkan Untuk Solat...

     Satu hari akibat keletihan yang amat sangat, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu sebuh baru sahaja masuk.Dalam pandangan mata hatinya Syeikh Abdul Qadir dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

 “Mengapakah kau kejutkan aku untuk solat subuh padahal kau amat membenci kepada orang yang solat?”

“Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh,”jawab syaitan.

Kehairanan Syeikh Abduk Qadir lalu bertanya, “Kenapa?”

Syaitan terpaksa menjawab kerana die takut orang yang takutkan Allah
“Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius,” kata syaitan.

     Tambah syaitan itu lagi, “Kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lai. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca Al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan akwan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!”

PENGAJARAN: Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaj arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.

Saturday, January 1, 2011

Semester Baru & Cabaran Baru...

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Cuti semester  bagi  semester 5 bakal  berakhir dan semester baru bakal bermula.Alhamdulillah aku  bakal menjejakkan  kaki ke semester 6. Result untuk semester lepas pun dah diketahui. Bertambahnya semester bertambah jua cabaran yang perlu dilalui. Aku kembali dengan kehidupanku  sebagai seorang pelajar bersama kawan-kawanku di UTeM.   Kuliah,tutorial,assignment,projek,test,kuiz dan  exam  bakal  ku hadapi semula selagi aku masih bergelar seorang pelajar. Aku sentiasa berharap segalanya berjalan dengan lancar untuk semester yang baru ni. Smoga aku dapat melakukan yang terbaik dan smoga Allah mempermudahkan segalanya untuk ku hadapinya. Selamat kembali ke UTeM kepada sume kawan-kawanku dan aku mendoakan kite sume akan beroleh kejayaan bersama-sama. Tidak lupe jua kepada adik-adik yang bakal menghadapi pmr & spm  tahun 2011 terutama adik-adik mfb yang dikenali, smoga anda sume success dlm peperiksaan nanti, belajar rajin2,gud luck dan all the best. Kepada yang bakal menghadapi exam  tidak lama lagi semoga berjaya  ku ucapkan. Setakat  ini saje dahulu dariku...*~@fiera@~*



TAHUN 3 SEMESTER 6


Kod M/P
Matapelajaran
Kredit
Kategori MP
BMCG2123
PEMINDAHAN HABA
3
P
BMFB3323
PEMILIHAN BAHAN
3
P
BMFG4662
KESELAMATAN PEKERJAAN & PENGURUSAN KESIHATAN
2
P
BMFS3323
PROSES PEMBUATAN TERMAJU
3
K
BMFS3333
PROSES BUKAN LOGAM
3
K
BMFS3431
MAKMAL PROSES PEMBUATAN
1
K
Jumlah Kredit Terkumpul