Monday, August 29, 2011

Selamat Tinggal Ramadhan~Selamat Datang Syawal

RAMADHAN,
Kehadiranmu sangat dinanti-nantikan,
Keranamu adalah penghulu segala bulan,
Di dalam mu ada keberkatan,
Buat semua hamba Allah Yang Maha Esa.


Permulaanmu adalah rahmat,
Pertengahanmu adalah maghfirah,
Dan pengakhiranmu adalah kebebasan daripada api neraka,


Turunnya Al-Quran tika Ramadhan,
Di dalamnya juga ada Lailatul Qadar,
Dibukakan pintu syurga seluas-luasnya,
Sungguh terlalau besar kemulianmu ramadhan.


Ramadhan ini akan pergi jua,
Sungguh berat hati ini untuk melepaskanmu pergi,
Tetapi dirimu perlu pergi seketika,
Kerana masih ada bulan-bulan lain yang perlu manggantikanmu.


Aku terasa seperti baru menjumpaimu,
Tetapi kini dirimu akan pergi meninggalkanku jua,
Aku terasa belum cukup puas untuk bersama denganmu,
Kerana padamu terdapat kemuliaan, keberkatan, kerahmatan, keampunan & keredhaan
Daripada Allah Tuhan seluruh alam.


Aku pasti akan merinduimu,
Terlalu lama lagi untuk aku menunggu mu datang lagi,
Aku takut jika tidak akan menemui mu lagi,
Kerana masih banyak yang tidak aku manfaatkan semasa kehadiranmu,
Terlalu banyak yang aku sia-siakan semasa kehadiranmu,
Aku resah memikirkan adakah Allah menerima ibadahku semasa kehadiranmu,
Dan terdetik dihatiku adakah aku mendapat keampunan itu dipenghujungmu.
Adakah Allah mengampuni dosa-dosaku pabila dirimu pergi.
Adakah diriku layak untuk bersama Syawal yang bakal menggantikan dirimu.


SYAWAL,
Dirimu akan menggantikan ramadhan yang pergi,
Dirimu digelar hari raya fitrah,
Fitrah yakni suci daripada segala dosa,
Kerana dosa-dosa itu diampunkan tika ramadhan,
Buat umat manusia yang ikhlas mencari maghfirah-Nya.


Tasbih, Tahmid dan Takbir pun diucapkan,
Memuji kebesaran Allah Yang Maha Besar,
Meraikan satu kemenangan,
Bermaaf-maafkan dan ziarah-menziarahi,
Semuanya di syawal yang mulia.


Sunggu mulia ramadhan dan syawal itu,
Namun ia akan pergi silih berganti masa,
Akan tiba saatnya pabila Ramadhan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada untuk menyambutnya,
Kerana kita dijemput Ilahi untuk menemui-Nya,
Namun aku tetap berharap akan menemuimu lagi
RAMADHAN & SYAWAL...


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~MAAF ZAHIR & BATIN"