kerana aku wanita, pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku,
kerana aku wanita,ingin disayangi itu fitrah diriku,
kerana aku wanita,mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki,
kerana aku wanita,emosiku selalu mengatasi logik akalku,
kerana aku wanita, air mata teman setiaku
kerana aku wanita, sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi,
DAN..
kerana aku wanita aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu dengan ku
jangan bermain kata dengan ku takut rosak hatiku
kerana aku wanita akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu
kerana aku wanita maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
kerana aku wanita peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali
kerana aku wanita aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya
WAHAI ADAM,
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,maka tiada lagi hormat untukmu dari kami,
wanita,
tercipta engkau dari rusuk lelaki,bukan dr kaki untk d alasi,bkn dr kepala untuk d junjung,tapi dekat d bahu untuk d lindung,dekat jua di hati untuk d kasihi,engkaulah wanita hiasan duniawi....
mana mgkn lahirnya banyangan yg lurus elok,jika datangnya dari kayu yg bengkok,begitulah peribadimu d bentuk,engkaulah wanita istimewa....
No comments:
Post a Comment