Sunday, January 30, 2011

Syaitan Mengejutkan Untuk Solat...

     Satu hari akibat keletihan yang amat sangat, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu sebuh baru sahaja masuk.Dalam pandangan mata hatinya Syeikh Abdul Qadir dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

 “Mengapakah kau kejutkan aku untuk solat subuh padahal kau amat membenci kepada orang yang solat?”

“Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh,”jawab syaitan.

Kehairanan Syeikh Abduk Qadir lalu bertanya, “Kenapa?”

Syaitan terpaksa menjawab kerana die takut orang yang takutkan Allah
“Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius,” kata syaitan.

     Tambah syaitan itu lagi, “Kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lai. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca Al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan akwan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!”

PENGAJARAN: Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaj arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.

No comments:

Post a Comment